Tuesday, April 7, 2009

My Hometown




Walaupun aku kini berkhidmat dan menetap di Klang Selangor....tapi aku masih org pahang..aku dilahirkan di temerloh..dibesarkan disana dan bersekolah disana juga..sampi form 3 je la..lepas tu sek kat kuantan..tapi sekarang pun aku masih balik ke temerloh..terutama waktu cuti dan hujung minggu sekali sekala...kat temerloh juga dah ada kemajuan walaupun tak lah sehebat mana..cuma bertambahlah bangunan kedai terutamanya..perumahan pun banyak juga..tapi sayangnya kat temerloh ni kurang peluang pekerjaan..mungkin kalau ada banyak kilang atau adanya intitusi pendidikan tentu kawasan ni maju..temerloh ni luas kawasannya..yang aku fokus ni lebih kepada kawasan semantan (kawasan bandar dan sekitar)..kat temerloh ni walaupun ada sungai pahang tetapi ianya tidak dibangunkan dengan baik (bagi pendapat aku la)..tapi kalau dimajukan lagi mesti jadi tarikan pelancong..cuma sekartang kat temerloh kurang kawasan pelancongan..tu yang buat kurang pelawat/pelancong nak melawat kat sini..tetapi walaubagaimanapun aku tetap bangga menjadi anak temerloh kerana kat sini juga banyak melahirkan tokoh-tokoh negara dalam pelbagai bidang macam pak sako,dato sabaruddin chik, dalam bidang seni pun ramai juga macam s.roomai noor,sudirman,siti nurhaliza dan ramai lagi la...semoga temerloh akan terus maju dimasa yang akan datang...

0 comments: